Construction Revolution 4.0
The Construction Revolution 4.0 (CR4.0) is coming to Kuching this May as part of ICW Borneo 2025, carrying the powerful theme “The Beginning of Future Construction.”
Led by CIDB Malaysia, this programme is set to empower contractors, students, and industry professionals with practical knowledge on modern construction methods, digital transformation tools, and upcoming requirements like e-Invoicing by LHDN.
Expect impactful sessions on myDigital Contractor, BIM technology, CQMS, and more, all aimed at helping you stay competitive in a fast-changing industry.
Seats are limited! Register now for just RM100 and secure your spot at https://www.ticket2u.com.my/event/42888.
Date: 14 May 2025
Time: 10AM - 5PM
Venue: BCCK, Kuching, Sarawak
PROGRAM JELAJAH REVOLUSI PEMBINAAN 4.0 (CR4.0) TAHUN 2025
"Bermulanya Pembinaan Masa Hadapan"
Bersempena dengan International Construction Week (ICW) Borneo bertemakan "Innovative Construction for a Sustainable Future".
Program Jelajah Revolusi Pembinaan 4.0 (CR4.0) diteruskan lagi pada tahun 2025 sebagai kesinambungan kepada kejayaan penganjurannya di Zon Selatan (Johor) dan Zon Utara (Pulau Pinang) pada tahun 2024 yang lepas. Bagi tahun ini, dua lokasi strategik telah dipilih iaitu Pontian, Johor dan Kuching, Sarawak, selari dengan usaha untuk memperluaskan inisiatif digital pembinaan ke kawasan luar bandar dan wilayah Borneo yang semakin pesat membangun.
Dengan bertemakan "Bermulanya Pembinaan Masa Hadapan", program ini turut diadakan bersempena dengan International Construction Week (ICW) Borneo yang mengangkat tema "Innovative Construction for a Sustainable Future".
Objektif Program
Program ini bertujuan untuk:
- Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kontraktor tempatan terhadap kepentingan kaedah pembinaan moden (Modern Methods of Construction, MMC).
- Mempromosi dan memperluas penggunaan teknologi serta amalan digital dalam sektor pembinaan, terutamanya dalam kalangan kontraktor kecil dan sederhana.
- Menyediakan platform perkongsian ilmu dan pendedahan kepada pelbagai sistem serta inisiatif yang menyokong transformasi digital industri pembinaan negara.
Pengisian Utama Program
Pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat telah dirangka bagi memberi impak menyeluruh kepada peserta, antaranya:
Ucapan Perasmian oleh YB Pengerusi CIDB Malaysia
Majlis akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Pengerusi CIDB Malaysia, yang akan menyampaikan amanat mengenai kepentingan penerapan digitalisasi dan teknologi dalam memperkukuh daya saing kontraktor tempatan di era pembinaan moden.
Pengenalan & Taklimat myDigital Kontraktor
Inisiatif ini memberi fokus kepada penilaian tahap kematangan digital kontraktor serta penyediaan pelan intervensi yang bersesuaian bagi mempercepatkan adaptasi teknologi pembinaan.
Taklimat e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Sesi ini akan memberi pendedahan kepada kontraktor berkaitan pelaksanaan sistem e-invois yang bakal diwajibkan, serta implikasi terhadap pengurusan kewangan dan percukaian syarikat pembinaan.
Taklimat Contractor Quality Management System (CQMS)
Penerangan mengenai sistem pengurusan kualiti berteraskan digital yang dibangunkan oleh CIDB bagi meningkatkan kecekapan dan kawalan mutu kerja kontraktor.
myBIM Satellite Showcase
Demonstrasi dan penerangan mengenai teknologi Building Information Modelling (BIM) serta kemudahan myBIM Centre Satellite, yang berfungsi sebagai pusat latihan dan sokongan BIM di peringkat negeri.
Slot Khas: Memacu Kontraktor Bumiputera ke Era Digital
Sesi perkongsian strategik dan bimbingan bagi memperkasakan kontraktor Bumiputera dalam menyesuaikan diri dengan landskap industri yang semakin berorientasikan teknologi dan data.
CIDB Malaysia yakin bahawa penganjuran Program Jelajah Revolusi Pembinaan 4.0 Tahun 2025 ini akan menjadi pemangkin kepada usaha mempercepat transformasi digital industri pembinaan negara. Melalui penyertaan aktif para kontraktor dan kerjasama pelbagai agensi, kita dapat bersama-sama merealisasikan visi "Bermulanya Pembinaan Masa Hadapan" yang lebih mampan, berinovasi dan berdaya tahan.